//
Sekapur Sireh Yang DiPertua PIBG SK Satria Jaya

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya maka pada tahun 2012 ini, PIBG SK Satria Jaya telah dengan julung
kalinya berjaya mengadakan dan melancarkan laman blog ini. Syabas dan
sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Jasmin Yamin selaku Ketua Biro ICT
dan Informasi, PIBG SK Satria Jaya dan rakan-rakan di atas usaha murni dan
inisiatif dalam merealisasikan blog ini di dalam tempoh yang singkat.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Hajjah Hamsiah Hj. Abg. Rambli, Guru
Besar SK Satria Jaya dan guru-guru yang telah memberi kerjasama serta
sokongan.Diharapkan momentum sedemikian akan terus dikekalkan.

Kewujudan blog ini adalah tepat pada waktunya kerana ia membuktikan PIBG
Staria Jaya melangkah seiring dengan kemajuan ICT dan teknologi dewasa ini.
Namun, yang lebih utama ialah kewujudan blog ini sebagai wadah PIBG, guru
dan ibubapa berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Perkongsian maklumat
yang tepat dan cepat antara PIBG, guru dan ibubapa serta penjaga adalah
signifikan untuk semua pihak demi memajukan murid-murid dan sekolah.

Kami berharap dan berbesar hati sekiranya, PIBG, guru dan ibubapa warga SK
Satria Jaya dapat bersama-sama memanfaatkan sepenuhnya blog yang diadakan.
Kami mengalu-alukan jika sekiranya ada sebarang idea atau cadangan bernas
mahupun sebarang kritikan konstruktif agar sama-sama kita dapat
membangunkan kecemerlangan anak-anak kita dalam merealisasikan wawasan
untuk melahirkan modal insan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Sekian, wassalam.


YDP PIBG SK Satria Jaya
Prof Madya Dr Awang Ahmad Sallehin bin Awang Husaini.

Comments are closed.

Blog Stats

  • 9,601 hits

Pelawat

web stats

APPRECIATION
Thank you teachers for sharing your extra valuable time and effort in contibution to PIBG activities and improve the present school condition.
Thanks to the involvement of parents, by supporting school and pupil, enabling them to excel in shool.
Thanks to En. Jasmin Yamin (Melur Studio), for creating this blog at no charge.

DISCLAIMER
This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, SK Satria Jaya shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

%d bloggers like this: