//
Sekapur Sireh Guru Besar SK Satria Jaya

Assalamualaikum wbth/salam 1 Malaysia

Selamat datang ke laman blog SKSJ

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga SK Satria Jaya , barisan pendidik dan kakitangan serta murid-murid ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog sekolah ini.

Dengan kesempatan ini juga, setinggi –tinggi tahniah dan penghargaan kepada PIBG khususnya kepada Biro Informasi dan ICT kerana berjaya menjadikan laman blog  sekolah ini satu kenyataan dan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan membangunkan laman blog sekolah ini.

Melalui laman blog ini, pengunjung yang  terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, iaitu PIBG, para ibu bapa, murid, bekas warga guru akan mengetahui maklumat sekolah  ini dengan lebih terperinci.  Sesungguhnya, sekolah ini bukan sahaja menuntut warga guru/stafnya menjana budaya kerja cemerlang tetapi bertekad menghasilkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik, kompeten dalam bidang ko-kurikulum dan sahsiah agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang  dan berprestasi tinggi.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid  dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, kepada semua pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang cadangan dan informasi yang bernas bagi membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan pendidikan di sekolah ini.

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG SEKOLAH KAMI.

TERIMA KASIH

(HAMSIAH HJ. ABG. RAMBLI)

GURU BESAR

SK SATRIA JAYA

Comments are closed.

Blog Stats

  • 9,601 hits

Pelawat

web stats

APPRECIATION
Thank you teachers for sharing your extra valuable time and effort in contibution to PIBG activities and improve the present school condition.
Thanks to the involvement of parents, by supporting school and pupil, enabling them to excel in shool.
Thanks to En. Jasmin Yamin (Melur Studio), for creating this blog at no charge.

DISCLAIMER
This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, SK Satria Jaya shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

%d bloggers like this: