//
you're reading...
Bulletin, PIBG, SK Satria Jaya

Ucapan Penghargaan Program Kempen Gotong-Royong SK Satria Jaya

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibubapa dan guru-guru warga SK Satria Jaya yang telah turut serta bersama menjayakan dan memeriahkan program yang telah dianjurkan pada hari Sabtu lepas.

Untuk makluman, PIBG SK Satria Jaya telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti pada 19 Mei 2012 (Sabtu), 7.30 pagi di kawasan sekolah. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:

1.    Majlis Pelancaran dan Perasmian Blog SK Satria Jaya dan Tabung Dana PIBG SK Satria Jaya 2012-2014oleh Penaung PIBG SK Satria Jaya, Encik Supian Tarmizi Haji Mohd Tazuddin

2.    Program Gotong Royong Ibu Bapa/ Guru SK Satria Jaya

3.    Projek Keceriaan oleh Pelajar Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial (FSS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sehubungan itu, Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua JK PIBG, para ibubapa & guru-guru warga SK Satria Jaya yang terbabit dalam menjayakan aktiviti gotong royong yang telah diadakan. Terima kasih tidak terhingga juga dipanjangkan kepada mahasiswa & mahasiswi dari Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial (FSS),Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang terlibat secara langsung di dalam Projek Keceriaan SK Satria Jaya.

Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Penaung PIBG SK Satria Jaya, Encik Supian Tarmizi Haji Mohd Tazuddin di atas kesudian untuk meluangkan masa bagi menyertai program dan merasmikan pelancaran Blog SK Satria Jaya dan Tabung Dana Pembangunan Infrastruktur PIBG SK Satria Jaya 2012-2014. Untuk makluman, kutipan dana yang telah berjaya diperolehi pada hari berkenaan adalah berjumlah RM486.00.

Kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak amat bermakna kepada PIBG SK Satria Jaya dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan pendidikan anak-anak di SK Satria Jaya. Diharapkan agar momentum, sokongan dan kerjasama yang diberikan akan dapat dikekalkan untuk aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PIBG SK Satria Jaya di masa mendatang insya Allah.

Sekian. Terima kasih.

Awg Ahmad Sallehin Awg Husaini
YDP SK Satria Jaya.

About Jess RYamin

Admin / Fonder

Discussion

Comments are closed.

Blog Stats

  • 9,601 hits

Pelawat

web stats

APPRECIATION
Thank you teachers for sharing your extra valuable time and effort in contibution to PIBG activities and improve the present school condition.
Thanks to the involvement of parents, by supporting school and pupil, enabling them to excel in shool.
Thanks to En. Jasmin Yamin (Melur Studio), for creating this blog at no charge.

DISCLAIMER
This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, SK Satria Jaya shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

%d bloggers like this: