//
you're reading...
Biro Infrastruktur, Biro Kebajikan, Bulletin, PIBG, SK Satria Jaya

Jemputan Ke Aktiviti Anjuran PIBG SK Satria Jaya

Tuan/Puan,

Jemputan Ke Aktiviti Anjuran PIBG SK Satria Jaya

Sukacita, perkara di atas dirujuk. PIBG SK Satria Jaya akan menganjurkan beberapa aktiviti pada 19 Mei 2012 (Sabtu), 7.30 pagi di kawasan sekolah.

Aktiviti yang dirancang ialah:
1. Majlis Pelancaran Blog SK Satria Jaya
2. Majlis Perasmian Tabung Dana PIBG 2012-2014
3. Program Gotong Royong
4. Projek Kebersihan dan Keceriaan SK Satria Jaya

Atur cara aktiviti pada hari tersebut ialah:
7.30 pagi – Ketibaan Guru/ibubapa/penjaga
7.45 pagi – Majlis Pelancaran Blog SK Satria Jaya dan Tabung Dana PIBG 2012-2014
8.15 pagi – Gotong royong / Projek kebersihan
10.30 pagi – Majlis bersurai

Sehubungan itu, sudilah kiranya tuan/puan dapat menghadirkan diri untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancangkan. Kerjasama dan sokongan padu tuan/puan amat bermakna kepada PIBG SK Satria Jaya dalam usaha memperkasakan pendidikan anak-anak di SK Satria Jaya.

Sekian.Terima kasih.

Majulah SK Satria Jaya.
Prof Madya Dr Awang Ahmad Sallehin Bin Awang Husaini
Yang DiPertua PIBG SK Satria Jaya

s.k : Guru Besar SK Satria Jaya.

*Makluman: Untuk menjayakan Program Gotong Royong, mohon tuan/puan membawa peralatan sendiri. (contoh- parang/pisau, rake/pengaut sampah, penyodok, sarung tangan, plastik sampah, cangkul, pongkes dan lain-lain).

Download/MuatTurun Memo Jemputan Ke Aktiviti Anjuran PIBG SK Satria Jaya

About Jess RYamin

Admin / Fonder

Discussion

Comments are closed.

Blog Stats

  • 9,601 hits

Pelawat

web stats

APPRECIATION
Thank you teachers for sharing your extra valuable time and effort in contibution to PIBG activities and improve the present school condition.
Thanks to the involvement of parents, by supporting school and pupil, enabling them to excel in shool.
Thanks to En. Jasmin Yamin (Melur Studio), for creating this blog at no charge.

DISCLAIMER
This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, SK Satria Jaya shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

%d bloggers like this: