//
Sejarah SK Satria Jaya

Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Satria Jaya mula dibina pada 15 September 1994 di atas sebidang tanah seluas 1.58 hektar yang disumbangkan oleh Borneo Development Corporation Sdn. Bhd. (BDC) di kawasan perumahan Taman Satria Jaya, Stampin, Kuching.  Projek pembinaan sekolah ini telah diselenggarakan oleh Borneo Development Corporation dengan kos RM3,975,172.00.  Ianya siap dibina pada bulan September 1995 dan sedia beroperasi untuk sesi persekolahan 1995/1996.

        Sekolah Kebangsaan Satria Jaya telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri pada 28 September 1995. Ia mula beroperasi pada 4 Disember 1995. Seramai 289 orang murid bersama dengan 19 orang guru telah menjadi warganya yang pertama.  Tahun 1 hingga Tahun 5 masing-masing mempunyai dua buah kelas, manakala Tahun 6 hanya satu kelas sahaja.  Bilangan murid dan tenaga pendidik bertambah dari tahun ke tahun.  Kini terdapat 41 orang guru, 827 orang murid, seorang pekerja am, seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu tadbir rendah. Tahun 1 hingga Tahun 4 mempunyai 4 buah kelas dan Tahun 5 dan 6 mempunyai 3 buah kelas dengan jumlah keseluruhannya 22 buah kelas.

        Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama dalam negeri Sarawak direka bentuk mengikut kehendak Kementerian Pendidikan untuk memenuhi sukatan baru KBSR. Ia dibina secara ‘Turnkey’ iaitu mempunyai rekabentuk canggih supaya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang celik IT. Sekolah ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti bilik sembahyang, bilik mesyuarat, bilik perkembangan staf, bilik sumber (merangkumi bilik rakaman, bilih Tayangan, bilik am, bilik perpustakaan dan bilik perpustakawan), bilik seni, bilik PPSMI, makmal komputer, bilik bimbingan kerja, bilik kesihatan, bilik sains, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik ko-kurikulum, padang sekolah dan kelas-kelas biasa bersesuaian dengan sekolah masa kini.

        Guru Besar pertama ialah Cik Annie Chin Tze Yung. Beliau telah bertungkus lumus untuk memimpin sekolah ini ke arah maju jaya.  Sekolah Kebangsaan Satria Jaya telah dirasmikan pada hari Jumaat, 29 Mei 1998 bersamaan 3 Safar 1419 oleh Yang Berhormat Dato Sri Mohamad Najib bin Tun Haji  Abdul Razak, yang memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu.

Misi
Untuk mendidik dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara melalui pengurusan yang strategik.

Visi
Akan berterusan memperkasakan sekolah menjadi sekolah cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta pengurusan dan pentadbiran menjelang tahun 2010.

Objektif Sekolah
OBJEKTIF SEKOLAH ADALAH KEARAH
KEEFISYENAN DAN KEBERKESANAN TUGAS UTAMA
YANG MERUPAKAN MENGAJAR
DAN PENYEDIAAN KHIDMAT BERKUALITI
KEPADA SETIAP ANAK DIDIK
SEBAGAI USAHA
MEMBINA MURID YANG BERILMU,
AKTIF DALAM KOKURIKULUM,
YANG MEMPUNYAI SAHSIAH DAN DISIPLIN YANG BAIK,
SEIMBANG DAN SEPADU,
DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI,
YANG PERCAYA DAN PATUH PADA TUHAN
SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Matlamat Sekolah
Berusaha bersungguh-sungguh memperkukuhkan kurikulum, memartabatkan profesion keguruan, merapatkan jurang perbezaan di antara sekolah dan memperkasakan sekolah menjadi sekolah cemerlang dalam semua aspek, sahsiah murid terpuji, sekolah pilihan utama, mendapat sokongan dan kepercayaan, dibangga oleh setiap murid, disayangi, dihargai dan hak milik semua masyarakat.

Dasar Kualiti Sekolah
SEKOLAH BERDEDIKASI KEPADA DASAR KUALITI,
YANG MEMASTIKAN KELUARAN DAN PERKHIDMATANNYA

MEMENUHI PELANGGANNYA PADA SETIAP MASA.
MEMANG HASRAT SEKOLAH,

UNTUK MEMPERKASAKAN SEKOLAH
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
DAN KEKAL DENGAN KEDUDUKAN TERSEBUT
DARI SEGI KUALITI KELUARAN DAN PERKHIDMATANNYA.

SEKOLAH PERCAYA KEPADA KONSEP PELANGGAN DAN PEMBEKAL
BEKERJASAMA UNTUK MENGEJAR DASAR INI
DAN BERUSAHA BERTERUSAN
KE ARAH PENAMBAHBAIKAN MUTU

SEMUA WARGA PENDIDIKAN SK SATRIA JAYA KUCHING
MEMPUNYAI KOMITMEN YANG POSITIF TERHADAP KUALITI
DAN BERGERAK PANTAS DAN BERKESAN
UNTUK MENCAPAI TAHAP PRESTASI
YANG DIKEHENDAKI MEREKA
DAN MELAKUKANNYA
DENGAN BETUL PERTAMA KALI ?

Cogan Kata

Cogan kata ini dipilih kerana ia membawa kita kepada usaha yang berterusan untuk mencapai dan menyempurnakan sesuatu matlamat yang
menjadi sandaran atau pendukung kepada kita untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam apa jua bidang harus didahului
dengan usaha yang mantap. Ini bersesuaian dengan matlamat sekolah dan pendidikan itu sendiri

Slogan

KECEMERLANGAN TANPA BATASAN
Piagam Pelanggan

Kami, Warga Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Kuching Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji
Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :

Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat yang penyayang,
harmonis, berdisiplin, berilmu, dan patriotik.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria, dan kondusif.
Menjalinkan hubungan yang baik, mesra dengan masyarakat sekeliling.
Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama.

Lencana


Huraian :
Bentuk keseluruhan – Melambangkan kemegahan struktur bangunan sekolah yang bersedia, berkhidmat, dan berbakti.
Anak Panah – Warga sekolah sentiasa berusaha bergerak maju dan berpegang kepada cogan kata sekolah “Usaha Asas Kecemerlangan”.
Bentuk Buku – Melambangkan warga sekolah yang mementingkan ilmu sebagai pedoman hidup.
Warna merah – Melambangkan sikap kerajinan dan keberanian.
Warna Biru Tua – Melambangkan guru amanah, murid setia ke arah mencapai cita-cita, dan matlamat sekolah.
Warna Biru muda– Melambangkan suasana kedamaian dan keamanan.
Warna Kuning – Melambangkan kesucian warga sekolah di bawah lindungan Tuhan Yang Esa dalam menghadapi cabaran.

Bendera
Huraian :
Warna biru muda pada latar belakang bendera sekolahmelambangkan suasana aman damai warga SK Satria Jaya menjalinkan hubungan dalam menjalankan aktiviti seharian untuk mencurah dan menimba ilmu.
Logo sekolah serta cogan kata di dalamnya, yang terdapat di tengah bendera melambangkan keikhlasan warga SK Satria Jaya untuk menerokai matlamat yang terkandung di dalamnya bagi impian semua yang terlibat.

Lagu Sekolah
Berdiri megahmu di BDC,
Sekolahku Satria Jaya tercinta,
Bersedia berkhidmat dan berbakti,
Melahirkan warga berketrampilan.

Guru amanah murid setia,
Dari berbilang kaum dan agama,
Bersama mendukung cita-cita,
‘Usaha Asas Kecemerlangan”

Padamu kami teguhkan janji,
Bergerak maju terus maju,
Menyahut cabaran jaga namamu,
Menuju wawasanmu yang suci.

Lirik & lagu:
Ling Siew Ching

Comments are closed.

Blog Stats

  • 6,873 hits

Pelawat

web stats

APPRECIATION
Thank you teachers for sharing your extra valuable time and effort in contibution to PIBG activities and improve the present school condition.
Thanks to the involvement of parents, by supporting school and pupil, enabling them to excel in shool.
Thanks to En. Jasmin Yamin (Melur Studio), for creating this blog at no charge.

DISCLAIMER
This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, SK Satria Jaya shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: